RUJUKAN / MAKLUMAN

Kalthom's Cakes House tidak menerima tempahan 1 biji CMC TANPA DEKO seberat 600 gram. Kek berkenaan boleh diperoleh di D' One Mart dengan harga RM15.00. Jika anda memerlukan kek yang 'fresh from oven', tempahan hanya akan diterima bagi 2 biji CMC.

Berikut adalah maklumat terperinci mengenai singkatan nama dan produk Kalthom's Cakes House:

CMC - Chocolate Moist Cake (My Best Selling).
Kek Span - berperasa vanilla, coklat, pandan, oren, strawberry.

SYARAT-SYARAT KELAS

1. Pengiring tidak dibenarkan sama sekali.
2. Pembatalan kelas hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh kelas.

Semasa kelas, sila bawa bersama:

1. 2 helai kain lap tangan (basah & kering).
2. Apron.


Saturday, March 20, 2010

KEK BATIK COKLAT


Harga: RM30.00
Saiz: 8 1/2" x 8 1/2"

KELAS BAKING


KELAS KEK BATIK COKLAT (RM70.00)

Resipi kek batik yang mewah dengan rasa coklat.

Thursday, March 4, 2010

KELAS DEKORASI


KELAS BARBIE DOLL (RM200.00) - Max: 2 orang

1. Mengenal pasti loyang-loyang yang sesuai.
2. Teknik membuat ropol.
3. Rekabentuk gaun yang sesuai.
4. Gabungan warna yang sesuai.
5. Penggunaan patung separuh badan (amali dalam kelas).
6. Penggunaan patung seluruh badan (diajar secara lisan).



KELAS CARTOON ARTWORK - BUTTERCREAM (RM200.00) - Max: 2 orang
1. Melukis gambar katun atas kek.
2. Lukisan menggunakan buttercream.
3. Teknik mengenalpasti bahagian yang perlu dilukis dahulu.
4. Faedah teknik ini: boleh menghasilkan lukisan atas kek yang berlatarbelakang gelap contohnya kek yang bersalut ganache.



KELAS CARTOON ARTWORK - PIPING GEL (RM200.00) - Max: 2 orang

1. Melukis gambar katun atas kek.
2. Teknik melukis bagi mendapatkan hasil seperti gambar sebenar.
3. Hasil menggunakan piping gel.
4. Faedah teknik ini: hasilnya nampak menyerlah tetapi sesuai bagi kek berlatarbelakang warna putih sahaja atau warna pudar.



KELAS BASKETWEAVE BERPENUTUP (RM300.00) - 1 orang
1. Teknik anyaman menggunakan 1 jenis nozzle.
2. Teknik anyaman pada penutup.
3. Jenis bunga: morning glory / kembang pagi (kalau tak silap ahakss.....)
4. Teknik menyediakan plat coklat.
5. Beberapa jenis border untuk tepi kek.
6. Kudup bunga / bunga menjalar.
7. Membentuk daun menggunakan nozzle yang berbeza.

KELAS BASKETWEAVE (RM200.00) - 1 orang
1. Teknik anyaman menggunakan 2 jenis nozzle.
2. Jenis bunga: ros.
3. Beberapa jenis border untuk tepi kek.
4. Kudup bunga / bunga menjalar.
5. Membentuk daun menggunakan nozzle yang berbeza.
******************************************************************************************
Nota:
Bagi setiap kelas dekorasi. Anda akan mempelajari:
1. Cara mudah membancuh buttercream.
2. Cara bancuhan buttercream yang sesuai untuk membuat bunga.
3. Cara membelah kek.
4. Cara sapuan buttercream pada kek (step-by-step).
5. Tips memudahkan kerja-kerja menghias / meratakan buttercream pada kek.

Tuesday, February 16, 2010

SPONGE CHEESE CAKE


Saiz: 8"
Harga: RM55.00